About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia
I'll take one shot for my pain, one drag for my sorrow. Get messed up today and I'll be okay tomorrow. My past is my past, it made me who I am, I have no regrets, wouldn't change a thing. I just don't live there anymore. Never regret. If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience.

Sunday 24 February 2013

JENIS-JENIS BENTUK MATA PEREMPUAN

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra daripada semua orang.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia.

Mata jarang berkedip
Gadis ini cukup istimewa orangnya. Bijaksana, baik hati, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, suka membantu dan mampu membahagiakan pasangannya.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati  tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan cepat marah.

No comments:

Post a Comment