About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia
I'll take one shot for my pain, one drag for my sorrow. Get messed up today and I'll be okay tomorrow. My past is my past, it made me who I am, I have no regrets, wouldn't change a thing. I just don't live there anymore. Never regret. If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience.

Thursday 8 December 2011

30 RAHSIA TENTANG GADIS



1. Apabila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Apabila dia tidak menghiraukan anda setelah anda menyakiti hatinya, lebih baik anda memberinya masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Seorang gadis sukar mencari perkara yang dia benci tentang seseorang yang paling dia sayang (sebab itulah ramai gadis yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang gadis jatuh cinta terhadap seorang jejaka, jejaka itu akan sentiasa berada dalam fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan jejaka lain.

5. Apabila jejaka yang dia suka dan cinta merenung ke dalam matanya, dia akan berasa sungguh bahagia.


6. Setiap gadis memang sukakan pujian tetapi tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian yang diberikan.

7. Jika anda tidak mempunyai perasaan terhadap gadis yang menyukai anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri seorang perempuan yang membuatkan diri mereka mampu melakukan apa sahaja yang diingini dan boleh membahayakan diri mereka.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda setelah anda menolak cintanya, biarkan dirinya untuk seketika. Sekiranya anda masih menganggap dia sebagai kawan, cubalah tegur dirinya secara perlahan.

9. Setiap gadis suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan ialah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali mengatakan diri mereka seorang yang tidak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood seseorang gadis.

12. Apabila pertama kali jejaka yang dicintainya memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah mereka tidak berminat tetapi sebaik sahaja ganggang diletak, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu makna bagi setiap gadis.

14. Jika anda menyukai seorang gadis, cubalah mulakannya dengan persahabatan. Kemudian biarkan dirinya mengenali anda dengan lebih mendalam.

15. Jika seseorang gadis memberikan seribu alasan setiap kali anda mengajaknya keluar, tinggalkan dirinya kerana mungkin dia tidak berminat dengan anda. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha anda untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Sebaliknya terus bertanyakan persoalan yang bermain di fikiran anda kepadanya.

18. Setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapalah dirinya tidak berjumpa dengan jejaka yang dicintainya itu lebih awal.

19. Setiap gadis menyukai jejaka yang romantik. Oleh itu, cubalah rajin-rajinkan menyelak buku-buku mengenai cinta.

20. Apabila stiap kali gambar kelas dikeluarkan, perkara pertama yang dicari oleh setiap gadis ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya. Kenudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa berada dalam fikirannya tetapi jejaka yang dicintainya sekarang akan sentiasa berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan 'Hi' ataupun 'Hello' sudah cukup untuk menceriakan harinya.

23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Setiap gadis paling benci kepada jejaka yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak 'tackle' kawan mereka yang paling cantik.

25. Bagi setiap gadis, cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua gadis mahukan jejaka yang mencintai mereka sepenuh hati dan menerimanya seadanya.

27. Senjata PEREMPUAN adalah air mata.

28. Semua gadis suka jika sesekali orang yang disayanginya membuat kejutan buatnya seperti memberikan dirinya hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, mereka tidak akan ragu-ragu terhadap kasih sayang anda terhadapnya.

29. Setiap gadis mudah jatuh hati pada jejaka yang mengambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Jadi, jika ingin memikat gadis pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah untuk mengambil hati seorang gadis kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan dan disayangi sepenuh jiwa.

No comments:

Post a Comment