Zaman
sekarang, terlalu banyak orang yang ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan
orang lain. Disebabkan itu, amat susah untuk mencari teman sejati yang sanggup
bersama kita ketika susah dan senang.
Rakan
ketika senang sangat mudah untuk dicari, tetapi apabila anda menghadapi masalah
tiada seorang pun yang ingin membantu. Persahabatan adalah ikatan yang kuat
antara dua insan di mana kedua-duanya sudah berjanji untuk setia bersama tidak
kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Anda perlu ingat, sesungguhnya apabila
anda berbuat baik kepada orang lain, nescaya satu hari nanti Allah SWT akan
membalas jasa anda itu.
Kebaikan
Sebagai
umat Islam, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah ilmu agama. Menjadi
peranan setiap sahabat untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain
supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT tidak kira dalam apa jua keadaan
sekali pun. Selain itu, dia juga mengajar anda erti kebaikan dan menghalang
daripada melakukan kemungkaran.
Berkorban
Peribadi
seorang sahabat sejati boleh dilihat dengan mudah. Ketika anda berada dalam
kesusahan mahu pun kesenangan, dia cepat menghulurkan bantuan. Ada juga yang
sanggup berkorban untuk anda seperti datang dari jauh untuk meraikan hari konvokesyen
anda. Perkara tersebut pasti mengharukan sesiapa sahaja. Sudah tentu sahabat
anda itu amat mementingkan ikatan persahabatan yang terjalin.
Sabar
Sahabat
baik akan sentiasa sabar melayan karenah anda yang sentiasa berubah-ubah setiap
masa. Dia tidak jemu mendoakan yang terbaik untuk anda serta menyokong segala
usaha yang telah anda buat.
Berfikiran
Terbuka
Seorang
sahabat yang memahami tidak akan mengikut telunjuk diri sendiri sahaja. Dia
mesti mudah untuk menerima pendapat anda jika ia lebih baik. Dia juga bukan
seorang yang panas baran dan keras kepala kerana sifat ini yang mampu
memusanahkan ikatan pershabatan yang terjalin selama ini. Berkongsi pendapat
kadang kala memnuatkan sesuatu pekerjaan itu menjadi lebih mudah.
Semangat
Apabila
anda menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup, sahabat anda tidak berputus
asa memberikan semangat serta kata-kata pembakar yang boleh menstabilkan emosi anda. Segala
nasihatnya boleh diguna pakai dan mendatangkan kebaikan. Tidak pun, dia suka
memujuk anda ketika merajuk ataupun menangis terutamanya semasa anda tidak kuat
untuk menanggung masalah sendirian.
No comments:
Post a Comment