About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia
I'll take one shot for my pain, one drag for my sorrow. Get messed up today and I'll be okay tomorrow. My past is my past, it made me who I am, I have no regrets, wouldn't change a thing. I just don't live there anymore. Never regret. If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience.

Wednesday 27 February 2013

HIPOKRIT

Hipokrit? 
Mesti kita semua pernah dengar perkataan itu dan semestinya kita tak suka akan orang yang bersikap hipokrit. Maksud hipokrit ini dari segi dewan bahasa mempunyai 2 makna, iaitu berpura-pura berperangai baik, memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yang sebenarnya dan satu lagi makna ialah munafik. Bagi maksud munafik ni lebih dari segi keagamaan iaitu seorang yang berpura pura beriman kepada ALLAH, tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya. Namun, erti kata hipokrit ini lebih luas, jom baca lagi.

Banyak perilaku manusia yang menjurus kepada hipokrit dalam perbuatan mereka. Antaranya

1. CAKAP TAK SERUPA BIKIN

"Depan orang, punyalah manis kata. Tapi bila di belakang kita, mengumpat!"

     Cakap kat depan punyalah manis, tapi kat belakang kawan mulalah mengumpat sana sini, kutuk kawan, putar belit cakap. Malah, kawan paling rapat sendiri pun ada juga yang bersikap hipokrit sehinggakan membocorkan rahsia yang kita luahkan kepada mereka dengan harapan dia boleh menyimpan rahsia. So, kita perlulah berhati-hati semasa bersahabat!

2. BAGI IDEA BERNAS/ARAHAN, TAPI DIRI SENDIRI TAK BUAT

"Dia cuma arahkan orang lain buat kerja, tapi tak sumbang apa apa dalam pelaksanaan kerja."

     Ini pun aku pantang manusia yang rajin beri pendapat yang bagus, tapi bila dalam membuat kerja tak buat pun. Lagi yang aku tak suka bila buat arahan bermacam-macam, lagak seperti ketua. Tapi langsung tak menyumbang tenaga dalam kerja. Ini biasanya berlaku semasa membuat tugasan berkumpulan.

3. KOMEN TENTANG ORANG LAIN BUAT SESUATU,TAPI DIRI SENDIRI BUAT

"Doktor ini larang merokok tapi diri sendiri merokok."

     Sebagai contoh, aku tulis kat status yang aku ni takkan pergi 'Clubbing' dengan joyah-joyah itu, padahal realitinya aku pergi ke sana jugak. Perkara ini selalu terjadi dalam perhubungan sosial sekarang. Ada juga kes pasal orang yang melarang orang daripada melakukan sesuatu, tapi diri sendiri buat jugak.

     Contohnya ustaz/ustazah melarang orang melakukan sumbang mahram, tapi ada sebilangan kecil mereka tetap melakukan perbuatan tekutuk itu. Contoh lain pula doktor dan aktiviti anti rokok yang melarang masyarakat daripada merokok kerana merokok membahayakan kesihatan, tapi ada segelintir mereka yang hisap rokok jugak. Ape kes?

4. NAMPAK BAGUS DARI LUARAN, TAPI RUPANYA SEBALIKNYA

"Luaran nampak skema dan baik orangnya. Tengok-tengok kaki tengok cerita blue."

     Biasanya kita pernah nampak perempuan yang cukup manis bertudung. Pergi kelas bertudung. Pergi bersukan pun ada yang masih bertudung. Tapi kaki clubbing! (maaf la ayat aku kurang sopan sikit). Ada juga bertudung di kelas, tapi bila keluar shopping, ohmai perang! (bukan berperang tapi rambut mereka perang). Aku tak tahu motif sebilangan kaum hawa yang bersikap sedemikian. Adakah hendak memperoleh berkat ilmu dengan menutup aurat di kelas? Wallahualam.

     Lelaki pun 2 x 5 je. Sebagai contoh, dah ada awek, sampai mati-matian awek dia menyangka 'Balak' dia adalah lelaki sejati, penyanyang serta mencintainya sepenuh hati. Rupa-rupanya balak dia tu menjalin hubungan 'songsang' dengan 'boyfriend' dia. So sad!

      Err! Sebelum terlambat. Hipokrit ini bukan semuanya bersifat negatif. Ada juga yang bersifat positif. Contohnya kita terpaksa menjaga hati kawan. Ada juga bersifat hipokrit kerana ingin merubah diri menjadi lebih baik secara slow-slow. Al maklumlah, kita sebagai insan biasa, tak pernah terlepas bersikap hipokrit tak kira sedar atau tidak sedar. Cuma, kurangkanlah sikap hipokrit yang negatif itu dan menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan disenangi kawan, masyarakat serta diredhai Allah.

P/S : Aku pun pernah juga bersikap hipokrit.

No comments:

Post a Comment