About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia
I'll take one shot for my pain, one drag for my sorrow. Get messed up today and I'll be okay tomorrow. My past is my past, it made me who I am, I have no regrets, wouldn't change a thing. I just don't live there anymore. Never regret. If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience.

Friday 7 December 2012

SAHABAT SEJATI

SUSAH DAN SENANG BIAR BERSAMA

Zaman sekarang, terlalu banyak orang yang ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Disebabkan itu, amat susah untuk mencari teman sejati yang sanggup bersama kita ketika susah dan senang.
Rakan ketika senang sangat mudah untuk dicari, tetapi apabila anda menghadapi masalah tiada seorang pun yang ingin membantu. Persahabatan adalah ikatan yang kuat antara dua insan di mana kedua-duanya sudah berjanji untuk setia bersama tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Anda perlu ingat, sesungguhnya apabila anda berbuat baik kepada orang lain, nescaya satu hari nanti Allah SWT akan membalas jasa anda itu.



Kebaikan
Sebagai umat Islam, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah ilmu agama. Menjadi peranan setiap sahabat untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Selain itu, dia juga mengajar anda erti kebaikan dan menghalang daripada melakukan kemungkaran.

Berkorban
Peribadi seorang sahabat sejati boleh dilihat dengan mudah. Ketika anda berada dalam kesusahan mahu pun kesenangan, dia cepat menghulurkan bantuan. Ada juga yang sanggup berkorban untuk anda seperti datang dari jauh untuk meraikan hari konvokesyen anda. Perkara tersebut pasti mengharukan sesiapa sahaja. Sudah tentu sahabat anda itu amat mementingkan ikatan persahabatan yang terjalin.

Sabar
Sahabat baik akan sentiasa sabar melayan karenah anda yang sentiasa berubah-ubah setiap masa. Dia tidak jemu mendoakan yang terbaik untuk anda serta menyokong segala usaha yang telah anda buat.

Berfikiran Terbuka
Seorang sahabat yang memahami tidak akan mengikut telunjuk diri sendiri sahaja. Dia mesti mudah untuk menerima pendapat anda jika ia lebih baik. Dia juga bukan seorang yang panas baran dan keras kepala kerana sifat ini yang mampu memusanahkan ikatan pershabatan yang terjalin selama ini. Berkongsi pendapat kadang kala memnuatkan sesuatu pekerjaan itu menjadi lebih mudah.

Semangat
Apabila anda menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup, sahabat anda tidak berputus asa memberikan semangat serta kata-kata pembakar yang  boleh menstabilkan emosi anda. Segala nasihatnya boleh diguna pakai dan mendatangkan kebaikan. Tidak pun, dia suka memujuk anda ketika merajuk ataupun menangis terutamanya semasa anda tidak kuat untuk menanggung masalah sendirian.


No comments:

Post a Comment