About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia
I'll take one shot for my pain, one drag for my sorrow. Get messed up today and I'll be okay tomorrow. My past is my past, it made me who I am, I have no regrets, wouldn't change a thing. I just don't live there anymore. Never regret. If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience.

Monday, 25 November 2013

CINTA PERTAMA DAN TERAKHIRKU

..Sebelum ini tak ada yang mampu mengajak aku untuk bertahan di kala sedih..

..Sebelum ini aku ikat hatiku hanya untuk aku seorang..

..Sebelum ini tak mudah bagiku untuk tertawa sendiri di kehidupan yang kelam ini..

..Sekarang kau di sini hilang rasanya semua bimbang tangis kesepian..

..Kau buat aku bertanya..

..Kau buat aku mencari..

..Tentang perasaan ini..

..Aku tak mengerti..

..Lalu senyumanmu menyedarkan aku..

..Bahawa..

..Kau cinta pertama dan terakhirku..

Wednesday, 20 November 2013

HARGAI DIA SEADANYA

Gf : Hai, abang. Assalamualaikum. Abang buat apa tu? 
Bf : Waalaikummussalam. Haa, ada apa? Saya busy kerja ni. Nak apa? 
Gf : Rindu abang ni. Maaflah kalau ganggu. Nanti dah free text sayang tau. 
Bf : Okay, bye. 
Gf : *Menunggu text dari teman lelakinya* 

..Keesokan harinya..

Gf : Abang, kenapa semalam tak text sayang? 
Bf : Saya sibuklah. Kenapa awak tak paham ekh? Nanti-nanti saya textlah. Hilang ekh nyawa awak tu kalau saya tak text? 
Gf : Abang, kenapa kita macam nie? Sampai hati abang. Mana abang yang sayangkan saya dulu? Yang tak sanggup tengok saya sakit hati dan tak sanggup tengok saya menangis? Kenapa abang berubah? Andai saya bertepuk sebelah tangan sedarkanlah saya agar saya tak terlalu beharap. *menangis*
Bf : Diamlah ! Aku busy. Bye. 
Gf : Andai saya bersalah maafkan saya. Take care. 

..Si teman wanita pun bersiar-siar di pantai. Tiba-tiba si teman wanita ternampak teman lelakinya bersama seseorang. Si teman wanita berlalu meninggalkan tempat itu dengan perasaan sedih..

Gf : Hai, selamat malam abang. *penuh harapan menunggu jawapan*
 Bf : *tak ada respon*
 Gf : Abang replylah. Sayang rindukan text abang. Rindukan ucapan abang. "Selamat malam sayang. Sweet dream sayang" 
Bf : *tak ada respon* 
Gf : Abang kenapa tak reply? 
Bf : *tak ada respon* 

..Hampir sebulan si teman wanita mendiamkan diri. Akhirnya si teman lelaki menghantar text.. 

Bf : Sayang , kenapa lama mendiamkan diri? Marahkan abang lagi ke? 
Gf : *tak ada respon* 
Bf : Sayang, replylah. Abang rindu kerenah sayang.
Gf : *tak ada respon* 
Bf : *call*
 Gf : Eh, siapa ni? 
Bf : Dah tak kenal abang ke? 
Gf : Ouh awak. Maaf dah lupa. 
Bf : Cepatnya sayang lupakan abang ekh . Abang rindukan sayang.
Gf : Hmm, saya ada benda nak bagitahu awak. 
Bf : Benda apa sayang? Sayang dah tak marahkan abang kan? 
Gf : Saya dah tak ada perasaan dekat awak. Masa awak abaikan saya dulu, ada seseorang yang dah berjaya tawan hati saya. Dia menyayangi saya macam dia menyayangi ibunya. Dia menjaga saya seperti dia menjaga adik perempuannya. Walaupun saya mencintai awak sehinggakan saya menyakitkan perasaan saya sendiri, dia hadir dan merawat kedukaan saya kami dah mengambil keputusan agar hubungan kami diikatkan dengan satu ikatan perkahwinan. Jemputlah datang. Maafkan saya. *dengan nada sebak* 
Bf : Sayang, abang minta maaf. Abang salah. Abang terlalu mengejar kecantikkan rupa sehingga abang tak mengejar kecantikkan hati budi. Abang dah terima balasan dari Allah. Cinta abang dikhianati. Maafkan abang. 

. . . . . . . . . . . . . . .

"Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui setiap perbuatan kita akan kita dapat balasannya. Berhentilah menyakiti perasaan seseorang yang telah menyayangi kita. Andai kita hanya ingin memainkan perasaan orang, ketahuilah bahawa kelak kita juga akan berasa menyesal."

Monday, 18 November 2013

TIPS MENGECILKAN PEHA DAN BETIS

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. "Kerusi Bayangan"

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
"Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa."
2. Pergerakkan "Menggunting"


Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan Bulatan


Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.


4. Pakai Kasut Tumit Tinggi



Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya ! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati ! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci !

5. Melompat di atas Trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda !

"Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya."


Sunday, 17 November 2013

18 MONTHS MONTHSARY MESSAGE

I know for a very short time, we have so many stuff in life that we don’t really understand for the fact that we never get along together. 
We have so many discrepancies, so many hesitations, questions and doubt not only for our relationship, but as well as within our self. 
But no matter what it takes, for this short period of time, I learned to love you so deep. 
Learned to forgive you when you crashed my heart. 
Learned to accept what you’d done. 
Learned to dream about future with you. 
Learned to sacrifice my pride. 
Learned to smile when I’m sad, to sleep with sadness in my heart and hope that tomorrow everything’s will be alright. 
To pray that you’ll not gonna say goodbye. 
To hope that whatever argument were having, you’re still there, holding on. 
To wish the impossible thing in life. 
I learned to feel the true love. 
But all of those, I never learned how to love you less in every waking day of my life. 
Thank you so much for letting me feel those kinds. 
Happy Monthsary  and wish us both a happy life and strong relationship together and more months and years to come with fulfillment and harmony together. 
I love you so much  and will love you more in every waking day of my life. 
And I am so sorry for all those aches and disappointments I’d done. 
And thank you so much for everything my beloved. 
I love you always Muhamad Hazrul Badrul bin Nordin.


Thursday, 31 October 2013

10 TANDA TANDA LELAKI SETIA

10 Tanda-tanda Lelaki Setia

1. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

2. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

3. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

4. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

5. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

6. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

7. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

8. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

9. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti Hatinya belum 100% mencintai anda.

10. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Monday, 28 October 2013

20 SEBAB PEREMPUAN AKAN MEMBENCI SESEORANG LELAKI

20 Sebab Perempuan Akan Membenci Seseorang Lelaki

1. Meninggikan suara
2. Main kayu tiga
3. Suka 'cuci mata'
4. Mengongkong
5. Ego
6. Menipu
7. Perasan
8. Mementingkan diri sendiri
9. Kurang memberikan perhatian
10. Cemburu buta
11. Mata duitan
12. Komited terhadap kerjaya
13. Panas baran
14. Kaki merokok
15. Pengotor
16. Gelojoh
17. Pentingkan kawan-kawan
18. Tidak tahu meghargai
19. Putar belit
20. Suka kontrol macho dan tak reti bekerja

Sunday, 27 October 2013

SUNYI

Aku ingin kau tahu perasanku
Melewati semua tanpamu di sini
Kadang ku menyesal dan merasa hampa
Membiarkanmu pergi meninggalkanku sendiri

Meski ku merasa sepi
Tapi ku tahu kamu sedang bahagia 

Rasa sunyi tolonglah kau pergi
Jangan kau kembali
Rasa sunyi tolonglah jangan menghantui
Ku ingin kau berhenti membuatku sedih

Ingin rasanya aku dengar suaramu
Hanya sekadar untuk redakan rinduku

RINDU DEMI RINDU

Dalam malam hitam sepi
Aku merindui cahaya bulan
Namun bulan tidak kelihatan
Bintang bintang juga hilang
Ku intai di panorama langit
Ingin ku bertanya pada awan
Tiba tiba awan menjadi kelu
Suara nya di bawa angin berlalu
Melewati halaman pandanganku
Hanya embun yang pilu
Melanggar kalbu ku
Tergegar seluruh jiwa ku
Hadir rindu demi rindu 

KASIH

Kenangan lalu yang duka
Andai tidak dapat kau lupa
Ingatlah dengan suasana yang berbeza
Jadikan guru yang bijaksana
Jujur mengajar usia
Senyumlah pada hikmahnya
Mengenal tingkah laku manusia
Bunga di gunung tak semestinya harum
Usah terlena berjuta janji
Kadang di pinggiran kuntum mewangi
Tanpa siulan bermadah indah
Di sebalik sifatnya yang tersendiri
Madunya setia suci
Sekali relanya di miliki
Kasihnya sampai ke mati
Sentuhi cintanya seikhlas hati
Moga tiada lara jiwa lagi 

Saturday, 26 October 2013

PILU

Dalam sepi
Jiwa pilu
Lalu bertanya dalam diri
Tanpa suara berkatalah wahai hati
Jawapan tegas diberi
Tentang kasih sayang
Cinta dan rindu 

Hanya akulah yang mengerti
Bila engkau tidak mengerti 

Menderitalah sendiri
Mungkin salah memahami 

Malu mencari pasti
Mungkin ego diri menguasai 

Monday, 21 October 2013

CINTA TERBAIK

Jujur saja aku tak mampu hilangkan wajahmu di dalam hatiku.
Setelah sekian lama baru aku sedar bahawa aku cinta padamu.

Meski aku bukan yang pertama di dalam hatimu.
Tapi cintaku terbaik untukmu.
Meski aku bukan bintang di langit.
Tapi cintamu yang terbaik.



Muhamad Hazrul Badrul bin Nordin
&
Nurul Liyana binti Rosli




Thursday, 17 October 2013

SIAPA YANG TIDAK CUKUP DENGAN YANG SEDIKIT, TIDAK AKAN PUAS DENGAN YANG BANYAK

Manusia sering bertanya, mana lagi, apa lagi, siapa lagi. Segala yang ada tak pernah nampak cukup, tak pernah rasa cukup. Tapi sebenarnya ramai yang tak sedar bahawa cukup atau tidak suatu kehidupan itu bukan dari pandangan mata kasar atau material. Kalau dah namanya manusia, masakan pernah cukup dengan satu dua nikmat dunia. Bahkan andai diberi gunung dan bukit-bukau, emas selautan dalam, masih akan ada lagi permintaan lain selain daripada itu. Segalanya adalah realiti.

Pilihan. Setiap saat kita diberikan pelbagai pilihan. Ada yang nampak di mata, ada yang tersurat, ada yang tersirat, ada yang manis, pahit, masin dan kelat. Segalanya adalah satu pilihan dan setiap pilihan itu ada jalan ke arah kebaikannya. Tiada satu pun pilihan dalam dunia ini adalah pilihan yang salah melainkan jalan perlaksanaannya sahaja yang salah. Namun segalanya tetap berbalik kepada pilihan dan pilihan. Setiap apa yang berlaku itu adalah implikasi daripada perjalanan perlaksanaan ke atas pilihan yang dah kita buat. Tapi tak semuanya menjaminkan kesenangan dan keselesaan.

Kemustahilan yang wujud dalam setiap kehidupan adalah merupakan suatu cabaran yang maha besar bagi penerimanya. Sebenarnya tiada satu pun perkara yang mustahil dalam dunia ini melainkan ianya tidak diizinkan oleh-Nya. Biarlah ada yang kata tak mungkin, ada yang kata mustahil, ada yang kata itu satu keajaiban andai berlaku, tapi selagi keazaman itu ada, selagi kekuatan minda mengatasi segala, kemustahilan itu hanyalah sekadar alasan picisan bagi yang mengalah.

Orang akan hormat kita bila kita jujur dalam kehidupan. Biarpun satu kejujuran itu mungkin menyumbang kepada sakit hati tapi yang menjadi pokok pangkal ialah jujur. Bila satu perkara yang diselindungkan dan kebenaran barulah diungkai, itu bukan dinamakan kejujuran tapi itu keterpaksaan. Keterpaksaan dan kejujuran ada satu garis kehormatan yang berbeza di mana kejujuran itu seharusnya berlaku tanpa ada paksaan dan keterpaksaan itu jelas berlaku hanya bila adanya desakan. Mudahnya, sekiranya tiada satu desakan maka perkara itu akan tetap menjadi satu lindungan dari kebenaran, itulah hakikatnya.

Ketidak puasan, pilihan, kemustahilan dan kejujuran, adalah antara perkara asas yang senantiasa menjadi suatu yang rumit dalam kehidupan andai tidak diurus dengan sempurna. Manusia sememangnya tidak akan lari dari tergelincir dari landasan hidup ini, cuma yang membezakan mereka ialah seberapa pantas mereka berada dalam landasan yang sebenar, dan seberapa pantas tidak balas diambil untuk terus berada dalam landasan itu. Segalanya berasas dari kejujuran hati, dengan kejujuran semuanya menjadi lebih mudah dan tanpa kejujuran segalanya akan mula berkecamuk. Semudah itu.

Friday, 17 May 2013

MAY 17, 2013

Today is May 17, 2013 right? Alhamdulillah. Already one year with him.
Love doesn’t have to be perfect. It only has to be true.
Falling in love is easy, staying in love is a challenge, letting go is hard and moving on is the hardest.
When I first met Muhamad Hazrul Badrul bin Nordin, I honestly didn't know that he were going to be this important to me.
I like you. Maybe it's the fact that you're perfect in my eyes, I always want to be around you.
*MUHAMAD HAZRUL BADRUL BIN NORDIN*
- always text me good morning and good night wishes
- always apologize after a fight, even I’m wrong
- always make me laugh
- always take silly and cute pictures with me
- always start the conversation
- always notice when I’m upset
- always respects me
- won’t flirt with other girls
- won’t rush things
- won’t be clingy
- won’t lie me

I wanna be the girl who makes your bad days better, the one that makes you say, "My life has changed since I met her".

When I look at you, I see forgiveness, I see the truth, you love me for who I am !

I can’t promise you a perfect relationship, but I promise I will stay as long as you’re trying.

I want you forever, I will love you forever as long as my heart beats for you. You’ll always be mine forever.

Another tear, another winter and another summer too.  But there can never be another you.

This love is for all eternity

Thanks for everything. I need you every second, every minute, every hour and every day !

I love you so much !


Thursday, 14 March 2013

10 RESIPI DI DALAM HUBUNGAN PERCINTAAN

Dalam sesebuah hubungan, tanpa kita sedari kadang kala kita kurang dalam memberi sebarang komitmen sehinggalah timbulnya masalah. Keutuhan sesebuah perhubungan itu dapat dipertingkatkan daripada pelbagai aspek. Cuma berbalik kepada keinginan kita sendiri samada ingin mengukuhkannya atau membiarkannya pada tahap biasa-biasa sahaja.

1. Kekuatan Berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. Berfikirlah tentang ciri-ciri pasangan idaman kamu, walaupun pada dasarnya kamu tidak mungkin mendapat semua ciri-ciri itu.

2. Kekuatan Untuk Menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "Apa yang aku hormati dalam diriku?"
 Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri. "Apa yang aku hormati dalam diri mereka?"

3. Kekuatan Untuk Memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang akan aku dapat?"

4. Kekuatan Persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama–sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu. Melalui persahabatan jugalah kamu akan lebih mengenali peribadi masing-masing.

5. Kekuatan Dari Sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan Untuk Melepaskan
Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku."

7. Kekuatan Dalam Komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik iaitu "Aku cinta kamu." Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata–kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan, dan sekarang, kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan Dari Komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah-ruah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan Semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.

10. Kekuatan Dari Rasa Percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu pasti menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.
Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
"Apakah aku benar–benar mempercayainya sepenuh hati?"
Jika jawapannya adalah TIDAK, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Wednesday, 13 March 2013

A THOUSAND YEARS

"Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
Watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
Standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this"

..Muhamad Hazrul Badrul Nordin..

Tuesday, 12 March 2013

TIPS MENGELOLA EMOSI

Yang sudah pergi?
 LUPAKAN !
Yang belum hadir? 
HARAPKAN !
Yang Sudah Ada? 
SYUKURI !

Selalulah berTERIMA KASIH pada apa yang sudah dimiliki.
 Selalulah berharap pada PAHALA yang dijanjikan.
Dan selalulah MENYESAL pada DOSA dan KESALAHAN yang sudah dilakukan.

Hidup ini akan INDAH manakala ISLAM dan IMAN selalu ada di HATI.


DON'T CRY 
BECAUSE IT'S 
OVER.
SMILE 
BECAUSE IT 
HAPPENED !

6 JENIS PEREMPUAN YANG WAJIB DIJAUHI

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah 
Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah 
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah 
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah 
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah 
Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah 
Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


p/s : Semoga kita sebagai seorang isteri pada suatu hari nanti akan dijauhkan daripada sifat-sifat yang tertera di atas. Amin. :")

Wednesday, 27 February 2013

HIPOKRIT

Hipokrit? 
Mesti kita semua pernah dengar perkataan itu dan semestinya kita tak suka akan orang yang bersikap hipokrit. Maksud hipokrit ini dari segi dewan bahasa mempunyai 2 makna, iaitu berpura-pura berperangai baik, memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yang sebenarnya dan satu lagi makna ialah munafik. Bagi maksud munafik ni lebih dari segi keagamaan iaitu seorang yang berpura pura beriman kepada ALLAH, tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya. Namun, erti kata hipokrit ini lebih luas, jom baca lagi.

Banyak perilaku manusia yang menjurus kepada hipokrit dalam perbuatan mereka. Antaranya

1. CAKAP TAK SERUPA BIKIN

"Depan orang, punyalah manis kata. Tapi bila di belakang kita, mengumpat!"

     Cakap kat depan punyalah manis, tapi kat belakang kawan mulalah mengumpat sana sini, kutuk kawan, putar belit cakap. Malah, kawan paling rapat sendiri pun ada juga yang bersikap hipokrit sehinggakan membocorkan rahsia yang kita luahkan kepada mereka dengan harapan dia boleh menyimpan rahsia. So, kita perlulah berhati-hati semasa bersahabat!

2. BAGI IDEA BERNAS/ARAHAN, TAPI DIRI SENDIRI TAK BUAT

"Dia cuma arahkan orang lain buat kerja, tapi tak sumbang apa apa dalam pelaksanaan kerja."

     Ini pun aku pantang manusia yang rajin beri pendapat yang bagus, tapi bila dalam membuat kerja tak buat pun. Lagi yang aku tak suka bila buat arahan bermacam-macam, lagak seperti ketua. Tapi langsung tak menyumbang tenaga dalam kerja. Ini biasanya berlaku semasa membuat tugasan berkumpulan.

3. KOMEN TENTANG ORANG LAIN BUAT SESUATU,TAPI DIRI SENDIRI BUAT

"Doktor ini larang merokok tapi diri sendiri merokok."

     Sebagai contoh, aku tulis kat status yang aku ni takkan pergi 'Clubbing' dengan joyah-joyah itu, padahal realitinya aku pergi ke sana jugak. Perkara ini selalu terjadi dalam perhubungan sosial sekarang. Ada juga kes pasal orang yang melarang orang daripada melakukan sesuatu, tapi diri sendiri buat jugak.

     Contohnya ustaz/ustazah melarang orang melakukan sumbang mahram, tapi ada sebilangan kecil mereka tetap melakukan perbuatan tekutuk itu. Contoh lain pula doktor dan aktiviti anti rokok yang melarang masyarakat daripada merokok kerana merokok membahayakan kesihatan, tapi ada segelintir mereka yang hisap rokok jugak. Ape kes?

4. NAMPAK BAGUS DARI LUARAN, TAPI RUPANYA SEBALIKNYA

"Luaran nampak skema dan baik orangnya. Tengok-tengok kaki tengok cerita blue."

     Biasanya kita pernah nampak perempuan yang cukup manis bertudung. Pergi kelas bertudung. Pergi bersukan pun ada yang masih bertudung. Tapi kaki clubbing! (maaf la ayat aku kurang sopan sikit). Ada juga bertudung di kelas, tapi bila keluar shopping, ohmai perang! (bukan berperang tapi rambut mereka perang). Aku tak tahu motif sebilangan kaum hawa yang bersikap sedemikian. Adakah hendak memperoleh berkat ilmu dengan menutup aurat di kelas? Wallahualam.

     Lelaki pun 2 x 5 je. Sebagai contoh, dah ada awek, sampai mati-matian awek dia menyangka 'Balak' dia adalah lelaki sejati, penyanyang serta mencintainya sepenuh hati. Rupa-rupanya balak dia tu menjalin hubungan 'songsang' dengan 'boyfriend' dia. So sad!

      Err! Sebelum terlambat. Hipokrit ini bukan semuanya bersifat negatif. Ada juga yang bersifat positif. Contohnya kita terpaksa menjaga hati kawan. Ada juga bersifat hipokrit kerana ingin merubah diri menjadi lebih baik secara slow-slow. Al maklumlah, kita sebagai insan biasa, tak pernah terlepas bersikap hipokrit tak kira sedar atau tidak sedar. Cuma, kurangkanlah sikap hipokrit yang negatif itu dan menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan disenangi kawan, masyarakat serta diredhai Allah.

P/S : Aku pun pernah juga bersikap hipokrit.

Sunday, 24 February 2013

CIRI-CIRI ISTERI PILIHAN

Jom jadi ISTERI pilihan !

Ciri-ciri isteri pilihan. SETUJU ?

1 - Tak lawa tidak mengapa asalkan boleh beri KETENANGAN.
2 - Tidak CEMBURU buta.
3 - Pandai jaga diri.
4 - Melawan jika perkara itu tidak betul.
5 - Tidak mudah TOUCHING.
6 - Pakai seksi seksi bila dalam rumah saja.
7 - Tidak minta yang bukan bukan.
8 - Bukan kaki pow.
9 - Agama boleh di didik. Tidak jadi masalah.
10 - Tidak bersikap seperti QUEEN CONTROL.